cinta itu amat luas
dan tiada batasan
tiada batas apabila kita mencintai seseorang
sebab itu orang cakap cinta itu buta
kerana tiada batasan untuk mencintai
dengan kelebihan dan kekurangannya
cinta tidak beerti harus memiliki
atau mencintai orang yang kita boleh lihat atau berada di dekat kita
cinta datang tulus dari hari
adakala kita boleh mencintai seseorang
dan hidup dalam kenangan bersamanya
kerana kita ada komitmen pada cinta itu
dan kita tahu yang cinta itu tidak mudah untuk digantikan
cinta tidak boleh dibohongi
kalau perasaan cinta kita sudah mati
cinta itu tidak boleh dipaksakan
tapi cinta kita akan tetap abadi walaupun
orang yang kita cinta sudah meninggal
ia akan tetap setia hidup abadi dalam hati kita
seringkali orang lupa
hati itu perlukan kekuatan
cinta sejati seharusnya menguatkan
bukan melemahkan
cinta yang menyakitkan membuatkan kita lebih kuat
cuba kita bercermin kepada kegagalan cinta
mengapa cinta itu menyakitkan
supaya apabila kita bercinta lagi
akan membuat kita bahagia
perlakukan cinta sepertimana yang sepatutnya
cinta tidak boleh dimanfaatkan
cinta juga tidak boleh untuk bahan perhiasan
cinta tidak boleh berdasarkan pada kebohongan
jadi cinta akan membuat kamu bahagia
begitulah mungkin erti cinta luar biasa
kenapa cinta harus diperjuangkan
kerana cinta adalah alasan untuk bertahan dan hidup
